Rausyanfikir merupakan istilah popular dalam dunia akademik terutamanya ketika membicarakan ciri-ciri generasi ulul albab masa kini. Istilah ini dipopularkan oleh para cendekia termasuk Dr. Faisal Tehrani (guru saya). Dalam bahasa Parsi, rausyanfikir bermaksud pemikir reformasi celik. Rausyanfikir merupakan “mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi sosial manusia yang
sebenarnya pada zaman kini dan masa lampau dan mempunyai tanggungjawab
sosial.”
Rausyanfikir berbeza dengan ilmuan. Seorang ilmuan mencari kenyataan, seorang rausyanfikir mencari kebenaran. Ilmuan hanya menampilkan fakta sebagaimana terdapat, rausyanfikir memberi penilaian sebagaimana seharusnya. Ilmuan berbicara dengan bahasa universal, rausyanfikir - seperti para nabi - berbicara dengan bahasa kaumnya. ilmuan bersikap neutral dalam menjalankan pekerjaannya, rausyanfikir harus melibatkan diri pada ideologi.
Bagi ahli akademik yang bersetuju dengan teori beliau, Shariati mendukung Islam sebagai ideologi yang revolusioner, terlepas dari kongkongan ajaran dogmatik yang jumud, kerana ajaran yang demikianlah, Islam telah membuktikan dinamismenya dan pernah berjaya membawa umatnya dari kongkongan belenggu kemunduran, penindasan, kezaliman dan kepura-puraan agama kepada masyarakat baru yang berasaskan keadilan, persamaan dan persaudaraan.
Dr. Ali Shariati menegaskan dalam siri kuliahnya bahawa para intelektual Barat telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan revolusi sosial terhadap masyarakat am. Hujah ini adalah relevan kerana pada waktu itu banyak golongan muda yang memandang Barat sebagai sumber inspirasi kepada mobilisasi hidup mereka. Maka kebanyakkan daripada mereka yang dididik dalam acuan Barat akan terpengaruh dengan cara hidup para intelektual dan profesional Barat yang gagal memainkan fungsi sosial mereka dengan baik.
Beliau mengingatkan bahawa maksud pemikir reformasi yang celik dan intelektual tidak sama. Ali Shariati menegaskan bahawa bukan semua para intelektual mempunyai pemikiran celik malah kadang kala hanya menggalas tugas demi pangkat dan status di menara gading ataupun institusi-institusi profesional.
Beliau juga menjelaskan bahawa golongan rausyanfikir tidak semestinya merujuk kepada mereka yang mempunyai pendidikan universiti. Hatta penarik beca sekalipun layak bergelar rausyanfikir jikalau ianya adalah seorang yang celik dan memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan reformasi terhadap masyarakat.
Ali Shariati menegaskan kebiasaannya golongan yang tidak begitu terdidik melalui institusi pendidikan yang formal merupakan antara pemimpin revolusinier yang hebat seperti Malcolm X yang memperjuangkan hak rakyat Afro-Amerika di Amerika Syarikat pada tahun 60-an.
Konsep rausyanfikir ini memberi peringatan kepada para mahasiswa Iran pada waktu itu untuk menjadikan diri mereka sebagai jambatan ilmu dari menara gading yang eksklusif kepada masyarakat am yang tertindas. Tetapi pada masa kini, peranan mahasiswa telah diubah suai menjadi modal insan yang sebenarnya hanya bertujuan untukmenyempurnakan keperluan tenaga kerja para kapitalis. Akhirnya, golongan mahasiswa yang lahir hari ini telah dibius fungsi sosialnya sehingga lumpuh dalam memahami realiti dan permasalahan masyarakatnya.
Menurut Ali Shariati lagi, dari segi prinsip, tanggungjawab serta sumbangan golongan rausyanfikir di dunia ini adalah sama dengan para nabi dan pemimpin agama iaitu pemimpin revolusinier yang berjuang untuk mentrasformasi struktur fundamental pada zaman dahulu.
Ali Shariati menegaskan bahawa golongan nabi tidak boleh diletakkan dalam kategori yang sama dengan ahli falsfah, para saintis, dan artis. Para nabi selalunya wujud dari kalangan golongan massa dan boleh berkomunikasi dengan rakyat umum dalam memperjuangkan motto baru, memberi visi baru, memulakan pergerakan baru dan memberi tenaga baru dalam kesedaran rakyat dalam era yang mereka hidup. Pergerakan konstruktif para nabi yang mempunyai unsur revolusinier menyebabkan masyarkat umum bangun serta mentransformasi arah hidup, cara hidup, perspektif, budaya dan destinasi mereka.
Daripada konsep ini kita dapat jelaskan bahawa seharusnya peranan rausyanfikir adalah sebagai penyelesai masalah rakyat. Begitu juga dengan punca kepada sumber perjuangan rausyanfikir iaitu universiti seharusnya merupakan institusi yang menyelesaikan masalah rakyat tempatan dan bukannya masalah tamadun asing.
Jelas disini Ali Shariati sering menegaskan bahawa mahasiswa yang menempatkan diri dalam kelompok rausyanfikir ini perlulah sedar akan fungsi dan tanggungjawab sosial masing-masing. Untuk menterjemahkan peranan ini dengan lebih baik perlunya golongan rausyanfikir ini mencapai dzauq (rasa) yang dapat memberi penghayatan yang baik berkenaan perjuangan akar umbi. Dengan yang demikian, para aktivis mahasiswa haruslah sentiasa turun ke medan perjuangan bersama masyarakat. Barulah penghayatan secara menyeluruh dan komprehensif benar-benar tertanam di benak hati masing-masing dalam menyelusuri perjuangan rakyat.

artikel ini ditulis oleh Maisarah Mansor. pelajar ASWARA 2010
BalasPadam